Pat Robertson
Pat Robertson

Pat Robertson

Marion Gordon "Pat" Robertson (lahir 22 Mac 1930)[1] ialah pengasas kepada beberapa yayasan dan pertubuhan seperti Christian Broadcasting Network (CBN), Operation Blessing International Relief and Development Corporation, American Center for Law and Justice (ACLJ), Christian Coalition, Flying Hospital, International Family Entertainment Inc., Universiti Regent, dan CBN Asia.[1][2] Beliau juga ialah pengacara rancangan 700 Club, sebuah rancangan televisyen Kristian yang disiarkan melalui saluran televisyen ke seluruh Amerika Syarikat dan melalui CBN menjangkaui seluruh dunia.Pada usia muda, Robertson dipanggil Pat oleh abangnya, Willis Robertson, Jr, yang ketika itu baru berusia enam tahun dan suka menepuk-nepuk pipinya sambil berkata, "Pat, Pat, Pat". Beliau mula mencari nama awalan yang boleh digunakan orang untuk memanggilnya, kerana beliau berfikir Marion terlalu feminin, maka beliau memutuskan untuk menggunakan nama kecilnya "Pat".Kesedarannya yang kuat akan pentingnya nama dalam pembentukan imej umum terbukti semasa mencalonkan diri sebagai presiden, semasa mengancam akan menuntut stesen berita NBC kerana menyebutnya "penginjil televisyen", yang kemudian menjadi televangelis.Pat oalah seorang Baptis Barat dan aktif sebagai pendeta yang berpegang pada teologi karismatik bukan secara tradisional yang umum di kalangan Baptis Barat. Beliau gagal berkempen untuk menjadi calon presiden dari Parti Republik dalam pemilihan presiden 1988. Pada tahun 1956 Robertson menemukan imannya melalui mubaligh Belanda, Cornelius Vanderbreggen, beliau terkesan dengan gaya hidupnya dan pesan-pesannya yang dianggap Pat sebagai pedoman hidup, "Percaya pada Tuhan dengan sepenuh hatimu; Percayalah pada dirimu sendiri; Imani Dia disetiap langkahmu, maka Tuhan akan menunjukkan jalan untukmu". Beliau ditahbiskan sebagai pendeta dari Southern Baptist Convention pada tahun 1961.Pada tahun 1982 beliau meramalkan akan datangnya hari kiamat pada Oktober atau November. Akan tetapi hal itu tidak menjadi kenyataan. Pada 10 tahun terakhir ini beliau dikenali kerana beberapa ramalannya, yang dikatakan Pat berasal dari firman Tuhan, diantaranya adalah Terpilihnya kembali Bush pada tahun 2004, terjadinya tsunami di Pantai Amerika sekitar 2006. beberapa ramalan lainnya adalah serangan pengganas pada 2007, kekerasan di seluruh dunia dan kemelesetan Amerika (2008), Krisis Timur Tengah (2008), Kekecohan dan pemuliahan ekonomi (2009), dan pilihan raya Presiden (2012).

Pat Robertson

Pekerjaan Canselor Universiti Regent, Ketua CBN, Evangelis
Pasangan Adelia Elmer
IbuĀ bapa Absalom Willis Robertson
Gladys Churchill
Anak Timothy Bryan Robertson
Elizabeth Faith Robertson
Gordon Perry Robertson
Anne Carter Robertson
Parti politik Republik
Kelahiran
Marion Gordon Robertson

(1930-03-22) 22 Mac 1930 (umurĀ 90)
Lexington, Virginia, Amerika Syarikat
Pusat pendidikan Universiti Washington and Lee (B.A.)
Sekolah Undang-undang Yale (J.D.)
Seminari Teologi New York (M.Div.)